Wednesday, 27 September 2017

Suamiku Encik Sotong

Haaa..sis ad satu novel best ny. Walaupun dah lme, tapi syok cerita ny. Cerita ny pelik sikit tapi romatik.Kalau baca confirm cair.Drama yg diadaptasikan pon best dengan gandingan barisan pelakon-pelakon yg hebat dan famous iaitu Sharnaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha dan ramai lagi.

                                               Suamiku Encik Sotong by Syikin Zainal

                                                   Image result for suamiku encik sotong novel

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Lakonan Sharnaz Ahmad dlm cerita ny bapak best. Die punye watak yg jadi sotong memikat hati penonton. Sumpah menjadi lakonan die. Tapi walaupun die sotong, dalam hati die perghhh memang betul-betul kaw la. Cair tengok. Nampak je mcm tu tapi kalau bab cinta nombor satu. Memang x boleh lawan.



credit to: https://www.goodreads.com/book/show/17901587-suamiku-encik-sotong

No comments:

Post a Comment

Rindu Awak 200%

Hye guys.. Novel ny pon best. Dgn jalan ceritanya yg syok menarik hati si pembaca. Kali ny sis nk share tentang sebuah novel yg juga diadapt...