Tuesday, 19 September 2017

Hero Seorang Cinderella

Kali ini cerita ny memang menarik kerana jalan ceritanya yg sangat romatik walaupun mengharungi pelbagai halangan dan rintangan dalam menguatkan ikatan cinta mereka. Novel ny telah diadaptasikan menjadi sebuah drama yang digemari ramai iaitu antara pelakonnya Nur Fazura dan Fattah Amin.. Novelnya adalah..

                                       HERO SEORANG CINDERELLA by ANJELL

                                                  Image result for hero seorang cinderella novel

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

SELAMAT MEMBACA..


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/30122622-hero-seorang-cinderella

No comments:

Post a Comment

Rindu Awak 200%

Hye guys.. Novel ny pon best. Dgn jalan ceritanya yg syok menarik hati si pembaca. Kali ny sis nk share tentang sebuah novel yg juga diadapt...