Sunday, 24 September 2017

Kasih Yang Suci

Hye guys.. Sis nk share novel yg hot masa dulu-dulu.. Novel ny jadi hot sebab ad drama tentang novel ny and pelakon dia ialah Aaron Aziz dan Siti Saleha.. Memang confirmla hot crite ny sbb tengokla siape actor dlm crite tu. Jejaka hot di pasaran kot. Novel ny dah lama tapi sgt best kalau baca. Tapi drama novel ny tajuknya Nora Elena smpena nama watak utama perempuan dlm novel ny.

                                          Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha



                                                   Image result for kasih yang suci novel


Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Sinopsis Belakang Buku :


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti. 


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/8524849-kasih-yang-suci

No comments:

Post a Comment

Rindu Awak 200%

Hye guys.. Novel ny pon best. Dgn jalan ceritanya yg syok menarik hati si pembaca. Kali ny sis nk share tentang sebuah novel yg juga diadapt...