Friday, 29 September 2017

Rindu Awak 200%

Hye guys.. Novel ny pon best. Dgn jalan ceritanya yg syok menarik hati si pembaca. Kali ny sis nk share tentang sebuah novel yg juga diadaptasikan menjadi drama melayu yg digandingkan dgn pelakon-pelakon yg hebat iaitu Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Sweet tau cerita ny. Novelnya ialah..

                                        Rindu Awak 200% by Liyana Zahim
                       
                                                     Image result for novel rindu awak 200

Novel ny pasal kehidupan antara pasangan ny yg agak kucar kacir pada permulaannya. Ini disebabkan oleh tiada perasaan cinta yg timbul di dlm hati antara dua org pasangan ny. Diorang kawin disebabkan terpakse. Wanita ny nme die Armel Aisya dan jejaka tu pulk nama die Faezrul Iqbal. Armel terpaksa kawin dgn Faezrul sbb hal yg trtentu. Armel x tahun pun yg slame ny Faezrul yg die kenal seorang pilot. Die hanya mengenali Faezrul adlh seorng juruteknik yg bekerja di kampung. Perghh... Pilot kot. Siape yg xnak kawin dgn pilot. Die rasa curiga sbb Faezrul sekejap ad sekejap hilang. Maklumlah pilot kn. Confirm la slalu hilang sbb ad flight kn. So.. Armel ny curiga la dgn suaminya. Tapi awl-awl Armel x kisah pon psl Faezrul ny. Maklumlah... Masing-masing x love each other kn. Memangla x ambik tahu psl psgn diorang. Tapi smenjak Faezrul semakin menjauh dgn Armel,  die merasakn kelainan. Armel berasa sakit hati kerana Faezrul dah x pedulikan die. Slame ny die hanya jual mahal dgn Faezrul. Bile dh jadi mcm ny,  baru nk hargai. Diorang lalui byk liku-liku dlm relationship demi membahagiakan hidup masing-masing. Selepas terbitnya cinta dlm hati Armel,  barula die sedar bahawa lelaki yg bernama Faezrul Iqbal la yg layak bertahta dlm hatinya. Tiada org lain selain dia. Armel dan Iqbal menjalani kehidupan yg sgt bahgia selepas masing-masing sudah meluahkan isi hati walaupun masih ad lg cabaran yg berlaku tapi diorng tabah menghadapinya.

Jom tengok trailer utk crite ny..

                                            https://www.youtube.com/watch?v=eUl2Ng5czxg

credit to: https://www.goodreads.com/book/show/18242473-rindu-awak-200

Thursday, 28 September 2017

Teduhan Kasih

Bonjour semua...hri nu sis nk share satu novel ny.
Eventhough dh lame crite ny. Tapi best tau. Novel ni psl satu pasangan yg sgt sweet.

                                            Teduhan Kasih by Marissa
                                   
                                                    Image result for novel teduhan kasih

Novel ny pasal life seorng jejaka yg sgt tampan, kaya dan perfect la org kata. Kehidupan die sbelum brjumpa dgn seorng wanita sgtla teruk. Hidupnya dipenuhi dengan maksiat, arak dan byk lagi. Hidupnya x tenang setiap hari. Sehinggalah muncul seorng wanita yg hadir dlm hidupnya telah mengubah segalanya. Wanita itu hadir tanpa dirancang. Lagi-lagi wanita tu tengah sarat mengandung ank sulungnya. Wanita itu sudahpun bercerai dgn suaminya akibat sahabat baiknya sendiri yg terlalu cemburukan dgn ap yg wanita itu ada. Jejaka yg tampan ini bernama Ehsan manakala wanita yg hadir dlm hidupnya ialah Ifa. Ehsan semakin hari semakin berubah cara hidupnya dgn kehadiran Adam, anak kpd Ifa. Die terlalu sukakan ank kecil. Setiap hari msa lunch dia akn terus pulang ke rumah utk bermain dgn Adam. Setiap hari Ehsan akn selalu teringatkan Adam. Adam telah berjaya menambat hati Ehsan dgn kecomelannya. Ifa menjadi serba salah kerana dia merasakan bahawa kehadirannya dlm hidup Ehsan tlh mengubah seluruh hidup Ehsan.kesudahan bagi cerita ny, Ifa telah menerima Ehsan dalam hidupnya utk menjadi ayah kepada anaknya, Adam. Mereka hidup bahagia dan tiada siapa yg berani mengganggu kehidupan mereka berdua lagi.





credit to : https://www.goodreads.com/book/show/14329488-teduhan-kasih

Wednesday, 27 September 2017

Suamiku Encik Sotong

Haaa..sis ad satu novel best ny. Walaupun dah lme, tapi syok cerita ny. Cerita ny pelik sikit tapi romatik.Kalau baca confirm cair.Drama yg diadaptasikan pon best dengan gandingan barisan pelakon-pelakon yg hebat dan famous iaitu Sharnaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha dan ramai lagi.

                                               Suamiku Encik Sotong by Syikin Zainal

                                                   Image result for suamiku encik sotong novel

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Lakonan Sharnaz Ahmad dlm cerita ny bapak best. Die punye watak yg jadi sotong memikat hati penonton. Sumpah menjadi lakonan die. Tapi walaupun die sotong, dalam hati die perghhh memang betul-betul kaw la. Cair tengok. Nampak je mcm tu tapi kalau bab cinta nombor satu. Memang x boleh lawan.



credit to: https://www.goodreads.com/book/show/17901587-suamiku-encik-sotong

Tuesday, 26 September 2017

Suamiku Encik Perfect 10

Hye semua.. Novel ny lagi best. Hmm.. Actually tersngatla payah nk jumpa lelaki mcm dlm novel ny.. Mcm fairy tail pulk. Kisahnya bermula bila lelaki tu mengorbankan dirinya dgn menyamar jadi husband kpd perempuan ny. Itupun sbb diorng terserempak kt dlm flight.. Lepas tu mcm2 yg terjadi smpai la masing2 fall in love wlaupun plan dri awl bukn mcm tu jadinya. Novel ny pon dah diadaptasi kpd sebuah filem..Mne x bestnya dahla pelakon dlm crite tu Aaron Aziz kot. Confirm hot la.


                                     Suamiku Encik Perfect 10 by Syamnuriezmil

                                    
                                                      Image result for suamiku encik perfect 10 novel

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/16095385-suamiku-encik-perfect-10

Monday, 25 September 2017

Aku Yang Kau Cinta

Hye guys.. Hri ny nk share psl novel yg  best jugk.. Ny biase utk jejaka la. Biasenya lelaki ny nakkan perempuan idaman diorng. Alah biasela. Mcm perempuan jugk. Semua ad plihan hati idaman kn. Yg lelaki confirm suka perempuan yg rambut blonde,  mata lawa and byk lagi. Haa.. Novel ny psl jejaka ny terpikat dgn kecantikan rambut blonde gadis tu. Smpai kawin diorang. Masa tu la mcm2 halangan yg diorang lalui. Best tau novel ny..

                                       Aku Yang Kau Cinta by Muna Mahira

                                             Image result for aku yang kau cinta novel


Hannissa Amsyar mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya...memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih!

Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khalayak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan! 

Selamat Membaca guys.


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/16003982-aku-yang-kau-cinta

Sunday, 24 September 2017

Kasih Yang Suci

Hye guys.. Sis nk share novel yg hot masa dulu-dulu.. Novel ny jadi hot sebab ad drama tentang novel ny and pelakon dia ialah Aaron Aziz dan Siti Saleha.. Memang confirmla hot crite ny sbb tengokla siape actor dlm crite tu. Jejaka hot di pasaran kot. Novel ny dah lama tapi sgt best kalau baca. Tapi drama novel ny tajuknya Nora Elena smpena nama watak utama perempuan dlm novel ny.

                                          Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha



                                                   Image result for kasih yang suci novel


Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Sinopsis Belakang Buku :


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti. 


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/8524849-kasih-yang-suci

Saturday, 23 September 2017

Encik Suami Mat Salih Celup

Spe yg berangan nk ad husband mat salih.. Confirm rmai prempuan yg nak kn??  Btw sis nk share stu novel psl husband die mat salih celup.. Mat salih celup pon jadi la klau x dpt yg ori punye. Hahaha.. Jom kite layan novel ny,

                                           Encik Suami Mat Salih Celup by Yumi Hyra



                                                            Image result for encik suami mat salih celup novel

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- Iman Amani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
   
Novel ny dh buat drama kt TV3. Pelakonnya ialah Daler Yusof dgn Nelydia Senrose.. Romantik sgt diorng punye relationship..


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/25125324-encik-suami-mat-salih-celup

Friday, 22 September 2017

Cinta Kau dan Aku

Hye guys.. Ok now sis ad novel yg best giler. Novel ny psl pasangan ny melalui mcm-mcm obstacle.. Ksian diorang. Tapi novel ny sgt sedih..memang x ckup sekotak tisu klau baca. Korng bacala novel ny,

                                                               Cinta Kau dan Aku
                                                                           by
                                                                   Siti Rosmizah


                                                            Image result for cinta kau dan aku novel

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Bacala novel ny.. Best tau. Rugi klau x baca. 

Thursday, 21 September 2017

Awak Suka Saya Tak?

Bonjour smua.. Kali ny sis nak share satu novel ny.. Novel ny baru je didaptasikan kpd sebuah drama yg sgt romantik antara pelakon yg handsome dan lawa iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong.. Nantikan guys..

                                         Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita
                             

                                                       Image result for awak suka saya tak novel






Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.


Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha.


Korang kene tengok cerita ny smbil2 baca novel ny..




credit to: https://www.goodreads.com/book/show/13022577-awak-suka-saya-tak

Wednesday, 20 September 2017

Duda Pujaan Dara

Hai semua.. Kali ny sis ada satu lagi novel yg sangat best.. Novel ny telah diadaptasikan kpd sebuah drama yg dilakonkan oleh Kamal Adli dan Zahirah Macwilson yg sangat hot dkat pasaran skrg ny. Novelnya brtajuk..

                                             Duda Pujaan Dara by Hanny Esandra

                                                          Image result for duda pujaan dara novel
                               

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”- Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen. 

Apa tunggu lagi korang,  bacala. Confirm cair punye klau baca crita ny. Sweet diorng perghh.. Boek ah.


credit to: https://www.goodreads.com/book/show/33303248-duda-pujaan-dara

Rindu Awak 200%

Hye guys.. Novel ny pon best. Dgn jalan ceritanya yg syok menarik hati si pembaca. Kali ny sis nk share tentang sebuah novel yg juga diadapt...